Admiral Cheng Ho adalah seorang
pelaut hebat pada zaman Dinasti Ming China. Kekisaran Ming membina armada
angkatan laut yang besar dan kuat agar mereka boleh menjelajah dunia dalam
membina persahabatan, perdamaian dan kerjasama dengan bangsa-bangsa lain. Pelayaran
yang dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho bukan untuk melaksanakan ekspansi,
melainkan melaksanakan misi perdagangan, diplomatik, perdamaian, dan
persahabatan.
Selama hidupnya, Cheng Ho atau
Zheng He melakukan pengembaraan jarak jauh antara benua selama 7 kali
berturut-turut dalam kurun waktu 28 tahun (1405-1433). Tak kurang dari 30
negara di Asia, Timur Tengah, dan Afrika pernah disinggahinya. Pelayarannya
lebih awal 87 tahun berbanding Columbus. Juga lebih dulu dibanding pelaut dunia
lain seperti Vasco da Gama yang berlayar dari Portugis ke India tahun 1497.
Ferdinand Magellan yang merintis pelayaran mengelilingi bumi pun kalah duluan
114 tahun.
Perjalanan Cheng Ho ini
menghasilkan Peta Navigasi Cheng Ho yang mengubah peta navigasi dunia sampai abad
ke-15. Dalam buku ini terdapat 24 peta navigasi mengenai arah pelayaran, jarak
di lautan, dan berbagai pelabuhan.
Cheng Ho adalah penjelajah dengan
armada kapal terbanyak sepanjang sejarah dunia yang pernah tercatat. Juga
mempunyai kapal kayu terbesar dan terbanyak sepanjang masa hingga saat ini.
Selain itu dia adalah pemimpin yang arif dan bijaksana, mengingat dengan armada
yang begitu banyaknya dia dan para anak buahnya tidak pernah menjajah negara
atau wilayah di mana-mana tempat para armadanya merapat. Semasa di India
termasuk ke Kolkata, para anak buah juga membawa seni bela diri tempatan yang
bernama Kallary Payatt yang mana selepas dibangunkan di negeri China menjadi
seni beladiri Kungfu.
Dalam seminar yang dianjurkan
oleh Royal Geographical Society di London 15 Mar 2002 seorang ahli kapal selam
dan sejarawan bernama Gavin Menzies mendedahkan bahawa Admiral Zheng He
(Laksamana Cheng Ho), 70 tahun lebih awal tiba di Amerika berbanding bendera
Castilian Sepanyol yang dipasang Colombus.
Pengembaraannya hingga mencapai benua Amerika
mengambil masa antara tahun 1421 dan 1423. Membawa armada 100 kapal dan
kira-kira 28,000 anak buah kapal. Armada kapal Zheng He berlayar menyusuri
jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika. menggunakan kapal yang 4
kali lebih besar dari pada kapal yang digunakan oleh Colombus.
No comments:
Post a Comment